Friday, August 11, 2006
10 Wasiat alImam asSyaheed Hasan alBanna


  1. Dirkanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
  2. Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
  3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
  7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita aialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tenteng cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
 
posted by pemudaPASjb at 10:27 AM | Permalink | 0 comments
Wednesday, August 09, 2006
SJER atau Sajer - Sajer?

Oleh: Ibnu Ahmad
Khazanah Nasional Bhd pada ketika dan saat ini sedang dalam proses menyiapkan pelan induk Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) yang dijangka siap sebelum hujung tahun ini.

Menurut Datuk Azman Mokhtar selaku Pengarah Urusannya, projek tersebut akan menjana serta merancakkan lagi kegiatan ekonomi, sosial dan keupayaan bukan sahaja bagi negeri Johor bahkan seluruh Malaysia. Sebuah wilayah metropolitan bertaraf antarabangsa sehebat Hong Kong dan Shenzen di China menjadi matlamat.

Nampaknya bukan main grand lagi projeknya. Tapi secara peribadi , saya yang merupakan salah seorang di antara ribuan komuniti yang menetap di Johor Bahru ingin mempersoalkan..Sungguh ke bagai dikata?

Saya bukan mereka yang bencikan kemajuan. Tetapi persoalan yang dilontarkan adalah berdasarkan kepada projek - projek pembangunan di sekitar Johor Bahru yang tak menjadi. Sesetengahnya pula 'hidup segan, mati tak mahu'. Kenapa? Tak percaya? Lapang-lapangkanlah masa anda di bawah ini untuk memahami apa yang saya maksudkan:


Danga City Mall (dahulunya dikenali sebagai Plaza Best World) sekarang sedang dalam kerja - kerja menghidupkan kembali pusat membeli belah ini setelah hanya lebih kurang dua tahun beroperasi. Suasana perniagaannya pun pada ketika itu seakan-akan menunjukkan yang ia akan gulung tikar tak lama lagi dan ternyata ianya tepat!! Tidak banyak lot kedai yang dibuka walaupun telah disediakan berpuluh-puluh lot kedai. Saya hanya berkesempatan sekali sahaja mengunjungi plaza tersebut. Baru nak pergi kali kedua, dah jadi bangunan kosong! Adakah ianya akan 'hidup' untuk kedua kalinya? Sama-sama kita nantikan..


Sebuah lagi pusat membeli belah yang lebih kurang sama tempoh operasinya seperti plaza tadi. Tapi 'kelebihannya' pula ialah menaranya terbengkalai. Bangunan tinggal bangunan sehingga ke hari ini. Lokasinya berdekatan dengan projek Gerbang Perdana Selatan.

JB Waterfront City Lot 1. Juga merupakan pusat membeli belah yang tidak menjadi. Terletak berhadapan dengan Selat Tebrau. Beropersi lebih kurang dua tahun lebih sahaja.

Jarak ketiga-tiga pusat membeli belah tadi lebih kurang 5 km antara satu sama lain. Ini hanyalah merupakan sebahagian pembangunan yang dijana dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi serta merancakkan industri pelancongan tetapi lihatlah sendiri betapa banyaknya pembangunan yang 'main-main' di Johor Bahru.


Projek perumahan terbengkalai yang terletak di Jalan Pedoman, Kg. Dato' Onn Johor Bahru. Projek yang menjadi 'gajah putih' ini pernah disiarkan oleh TV3 pada awal tahun ini. Apabila diajukan permasalahan ini kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Dato' Shahrir Samad beliau menjawab; "We will look into the matter". Jadi benarlah, beliau hanya look sahaja. Saya tidak pasti apakah dalam pelan SJER adanya projek perumahan tetapi paparan ini saya rungkaikan kepada rakyat umumnya untuk menunjukkan betapa kelam kelibut pembangunan yang berlaku di Johor Bahru. Kalau satu daerah sahaja sudah huru hara inikan pula pembangunan yang melibatkan kawasan yang besar. Saya bimbang Johor akan menjadi negeri 'yang tak siap'.

Paparan ini hanyalah gambaran yang terlalu sedikit untuk membayangkan derita yang perlu kami di Johor Bahru hadapi. Ini belum lagi saya menyentuh soal bangunan yang telah siap dibina tapi tidak digunakan yang banyak di sini, gejala sosial yang melampau dan banyak lagi. Saya meraikan pembangunan tetapi apa yang ada hari ini adalah pembangunan yang tidak terkawal.




 
posted by pemudaPASjb at 11:26 PM | Permalink | 1 comments