Friday, July 28, 2006
Yang Ini Kami Nak Dengar...Tapi Bagaimana Puterimu di SIS?
‘Jangan paksa kerajaan ambil tindakan’


KUALA LUMPUR 27 Julai – ‘‘Jangan paksa kerajaan ambil tindakan jika masih mahu teruskan forum agama,’’ tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jenis tindakan atau hukuman yang akan diambil.

Namun katanya, kerajaan pada masa yang sama tidak mahu terburu-buru untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan bagi mengatasi masalah perbincangan agama itu.

‘‘Saya tak nak terburu-buru sebut perkara (ISA) ini dulu. Memang semalam kita bermesyuarat (Kabinet) dan memutuskan jangan memaksa kerajaan mengambil tindakan,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2006 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini, beliau berkata apa yang penting ialah semua pihak memahami isu agama adalah satu perkara yang sangat sensitif.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mengenakan ISA kepada mereka yang meneruskan perbincangan agama terutamanya berkaitan Artikel 11 dalam Perlembagaan Negara.

(Petikan Utusan Malaysia Online, seksyen muka hadapan, 3 Rejab 1427/28 Julai 2006)
 
posted by pemudaPASjb at 9:22 AM | Permalink | 2 comments
Tuesday, July 25, 2006
Rileks Sekejap...
Oleh: alBanna jr

Ini bukan cerita dongeng. Kisah yang akan aku sampaikan pada kali ini adalah kisah benar. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Kisah ini ada kena mengena dengan mereka sama ada yang masih bernyawa atau pun telah meninggal dunia.

Kisah ini terjadi pada diriku beberapa bulan yang lalu. Aku telah menahan sebuah teksi yang di pandu oleh seorang cina. Kopiah putih yang dibeli daripada Pak hj Murshid (pengedar Harakah di JB) serta baju melayu hijau berkolar 'mandarin' menjadi uniformku pada masa itu.

Melihatkan kepada pakaianku yang seolah-olah nak pergi sembahyang (mengikut pemandu teksi itu) rupanya-rupanya telah menarik minat beliau untuk mengadakan satu sesi temuramah eksklusif denganku seperti eksklusifnya temuramah Siti Nurhaliza dan Dato' huruf yang sibuk nak kahwin itu adanya.Maka terjadilah perbualan ini...

Pemandu teksi (PT): Lu semayang punya olang ka?

Aku (A): Ya loo...

PT: Hali-hali mau semayang ka?

A: Mesti laa..ini tuhan yang suruh maa...

PT: Lu kalau mau semayang musti pegi 'itu' tempat ha? (masjid le tuu..)

A: Takda la bos! Kita orang Islam mana-mana mau semayang pun boleh. Senang. Bilik boleh, padang boleh...dalam kenderaan pun boleh. Kita punya tuhan satu tapi semua tempat dia ada.. Tapi kalau sembahyang ramai-ramai lagi bagus...(rasanya dah boleh tarbiyyah daahh..)

PT: Oooo...itu macam kaa..

Perbualan terhenti seketika kerana pemandu teksi itu sedang fokus menukar lorong sambil sibuk menoleh ke side mirror sebab nak potong treler...

PT: Tapi ha, wa manyak helan la..Lu olang semayang punya, hali-hali semayang punya, tapi apa pasal lamai olang Islam makan 'ssup' (sambil membuat aksi seperti menyuap makanan ke dalam mulut).

A: 'Ssup'? Apa tu?

PT: Alaa..itu lasuah laa..(RASUAH!!!)

A: Ooo...(tergamam...maunya tak tergamam!)

PT: Macam itu 'pulis' haa, itu batch "SAYA ANTI LASUAH" dia kasi pakai sajee..Kalau lu kena saman haa, lepas itu lu selok dia punya pocket, isi lima ploh linggit (RM 50) dia sennyyaapp tada buat apa-apa maa..telus (terus) kasi lu jalan.Haiyyaa!! (Aku pulak yang kena tarbiyyah!!)

A: (Sambil tersipu-sipu bengang)..Ya laa boosss!! Sembahyang, sembahyang jugaaakk..tapi sendiri pun mau kasi ingat maa..

Setelah itu aku terus mati akal nak 'umpan' dia..

Mahu, tak mahu kita kena telan apa yang pemandu teksi cina tu kata. Aku jadi malu bukan sebab aku ni seorang Muslim, bahkan kita kena bangga. Aku rasa you all (tiru bahasa budak-budak gedik di tv) tahu malu yang macam mana yang aku maksudkan. Waktu tu rasa macam nak turun je teksi tu, naik teksi lain.

Mungkin kisah yang aku ceritakan pada kali ini sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan ini; "Kenapa sekarang susah sangat nak ajak orang kafir masuk Islam".

Semua dah maklum bahawa pedagang-pedagang arab yang berlabuh di Perairan Selat Melaka satu ketika dahulu untuk berdagang di situ telah menunjukkan sifat bahawa adilnya Islam. Mereka turun dari kapal dan terus mendirikan solat berjamaah. Kemudian, baru meniaga. Meniaga pulak bukan macam sekarang. Sembunyi gula lah, tipu lah, rasuah la..you all (lagi sekali) sambunglah sendiri. Tu belum masuk bab-bab lain lagi tu. Manakan tidak orang melayu yang hindu di Melaka masa tu terus masuk Islam.

Sekarang ni pulak bukan setakat orang kafir tak nak masuk Islam, bahkan lebih teruk lagi siap buat pertubuhan untuk lawan Islam!! Kumpulan Arikel 11 la, IFC la, Bar Council la, apa-apa laa..Sebab apa? You all (dan lagi) fikirlah sendiri....ISLAM: DULU, KINI & SELAMANYA
 
posted by pemudaPASjb at 7:14 AM | Permalink | 1 comments
Monday, July 24, 2006
Himpunan Umat Islam Membantah Forum Kumpulan Artikel 11 Di Johor Bahru Pada 22 Julai 2006
Oleh: Ibnu Ahmad

Hotel yang membuatkan Ummat Islam tidak 'selesa' membiarkan golongan sekular menyebar tohmah terhadap Islam

Dato' Dr Mahfodz Mohamad (Pesuruhjaya PAS Johor) diiringi Mazlan Aliman (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) ketika ditemuramah wartawan sebelum perarakan & perhimpunan bermula. Turut kelihatan Ustaz Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulama' PAS Johor)

Ustaz Ridhuan Md Nor (Exco Dewan Pemuda PAS Pusat) turut hadir

Ummat Islam dari seluruh tanah air; Johor, Perak, Kuala Lumpur, P.Pinang, Terengganu, Kelantan, Negeri sembilan berkumpul sebelum memulakan perarakan ke Hotel Selesa

Golongan muslimat juga tidak ketinggalan menyatakan pendirian mereka

Sdr Aminuddin Ayub (Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS Johor) sedang memberikan arahan kepada muslimin & muslimat sebelum berarak ke Hotel Selesa

Perarakan sepanjang Jalan Dato' Abdullah Tahir menuju ke Hotel Selesa diiringi dengan takbir, doa wehdah serta laungan slogan-slogan kecaman terhadap golongan sekular yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamad. Berita Harian melaporkan 300 orang yang hadir. Sungguh ke? Gambar ini diambil dari angle & jarak yang berbeza-beza.Terpulang kalau ada yang nak percaya suratkahbar tersebut...

Ummat Islam dari seluruh semenanjung tanah air berhimpun di hadapan pintu masuk Hotel Selesa, Johor Bahru sambil dikawal ketat oleh pihak polis & FRU. Para pimpinan PAS, pimpinan badan-badan NGO serta wakil mahasiswa dan peguam memberikan ucapan-ucapan semangat kepada Ummat Islam yang hadir bahawa Ummat Islam tetap bersatu di dalam aqidah ini dan tidak sekali-kali berganjak daripada menyatakan bahawa "KAMI TETAP DENGAN ISLAM KAMI. DENGAN ROH DAN DARAH AKAN KAMI PERTAHANKANNYA. BATALKAN SEKARANG FORUM HARAM INI!!!" Alhamdulillah dengan kesatuan yang ditunjukkan forum yang sedang berjalan telah dihentikan lebih awal sebelum waktu yang telah ditetapkan...ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!


 
posted by pemudaPASjb at 10:40 AM | Permalink | 6 comments