Friday, July 28, 2006
Yang Ini Kami Nak Dengar...Tapi Bagaimana Puterimu di SIS?
‘Jangan paksa kerajaan ambil tindakan’


KUALA LUMPUR 27 Julai – ‘‘Jangan paksa kerajaan ambil tindakan jika masih mahu teruskan forum agama,’’ tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jenis tindakan atau hukuman yang akan diambil.

Namun katanya, kerajaan pada masa yang sama tidak mahu terburu-buru untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan bagi mengatasi masalah perbincangan agama itu.

‘‘Saya tak nak terburu-buru sebut perkara (ISA) ini dulu. Memang semalam kita bermesyuarat (Kabinet) dan memutuskan jangan memaksa kerajaan mengambil tindakan,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2006 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini, beliau berkata apa yang penting ialah semua pihak memahami isu agama adalah satu perkara yang sangat sensitif.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mengenakan ISA kepada mereka yang meneruskan perbincangan agama terutamanya berkaitan Artikel 11 dalam Perlembagaan Negara.

(Petikan Utusan Malaysia Online, seksyen muka hadapan, 3 Rejab 1427/28 Julai 2006)
 
posted by pemudaPASjb at 9:22 AM | Permalink |


2 Comments:


  • At 11:28 PM, Blogger Syikin

    hmm..saya dah buruk sangka ni, itulah pasal tak mo kenakan ISA dulu kot..sbb anak penyokong kuat SIS. dahlah anak perempuan tu sorang aje.

    entahlah group SIS ni, menakutkan sungguh. fitnah besar pada Islam..kalau dengar depa punya opinion ttg isu berkaitan ngan syariah, rasa hangin aje satu badan. itulah masalahnya nak dalami syariah, tp bab tauhid tak pelajari sama, tu yg selamba derk jer pertikai ayat hukum2 Allah mcm bab bertudung, itu belum lagi isu kekeluargaan syariah. mmg sebut aje nama sis, sakit kepala aje tiba2. kesian kat depa sbnrnya ni, mrk fikir mrk betul,tapi sebenarnya banyak tak betul. duk marah2 ni, saya doakan juga pintu hati mereka nak terima petunjuk dn cahaya keimanan. Moga Sis. Zainah Anwar, nori, marina, dll akan terbuka pintu hati nak bertudung dan kembali pada ajaran Islam sbnrnya.

     
  • At 10:33 AM, Blogger pas_takbir

    anak wedok dia ada kat SIS, bapak ble jd imam dan ble jd setan.. dapat menantu tamak mcm peleset(?),
    anak jantan jd firaun pnuh dgn karun hak rakyat, bini x reti nak tutup aurat mcm bengong.. x mustahil 1 ari akan lenyap famili ni.. takbir