Friday, July 14, 2006
Salam Ukhuwwah

الســـلام عـليـــكم ورحـــمة الله وبركاتـــه

Alhamdulillah pada hari ini Dewan Pemuda PAS kawasan Johor Bahru, buat pertama kalinya telah dapat mengendalikan blog ini. Kami daripada DPPKJB mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketua DPPK Sekijang yang telah membangunkan sepenuhnya blog ini.

Kepada para pengunjung kami memohon ribuan kemaafan di atas kelewatan kami meng'update' disebabkan beberapa kesulitan yang dihadapi oleh kami. InsyaAllah kami akan memberikan input-input yang bermanfaat kepada anda semua terutama rakyat di JB di samping menjadi saluran alternatif kepada anda selain media perdana yang sepenuhnya dikuasai oleh Barisan Nasional yang semua mengetahui mustahil bagi kami untuk 'menembusinya'. Selaku sebuah Jemaah Islamiyyah yang dituntut melaksanakan tugas jihad, maka insyaAllah isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan Ummatnya adalah menjadi keutamaan kami. Dengan lahirnya blog ini diharapkan akan menjadi titik tolak kepada kepada kebangkitan rakyat di JB demi mendaulatkan Islam yang tercinta.... JIHAD IS OUR WAY
 
posted by pemudaPASjb at 7:42 AM | Permalink |


0 Comments: