Tuesday, July 25, 2006
Rileks Sekejap...
Oleh: alBanna jr

Ini bukan cerita dongeng. Kisah yang akan aku sampaikan pada kali ini adalah kisah benar. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Kisah ini ada kena mengena dengan mereka sama ada yang masih bernyawa atau pun telah meninggal dunia.

Kisah ini terjadi pada diriku beberapa bulan yang lalu. Aku telah menahan sebuah teksi yang di pandu oleh seorang cina. Kopiah putih yang dibeli daripada Pak hj Murshid (pengedar Harakah di JB) serta baju melayu hijau berkolar 'mandarin' menjadi uniformku pada masa itu.

Melihatkan kepada pakaianku yang seolah-olah nak pergi sembahyang (mengikut pemandu teksi itu) rupanya-rupanya telah menarik minat beliau untuk mengadakan satu sesi temuramah eksklusif denganku seperti eksklusifnya temuramah Siti Nurhaliza dan Dato' huruf yang sibuk nak kahwin itu adanya.Maka terjadilah perbualan ini...

Pemandu teksi (PT): Lu semayang punya olang ka?

Aku (A): Ya loo...

PT: Hali-hali mau semayang ka?

A: Mesti laa..ini tuhan yang suruh maa...

PT: Lu kalau mau semayang musti pegi 'itu' tempat ha? (masjid le tuu..)

A: Takda la bos! Kita orang Islam mana-mana mau semayang pun boleh. Senang. Bilik boleh, padang boleh...dalam kenderaan pun boleh. Kita punya tuhan satu tapi semua tempat dia ada.. Tapi kalau sembahyang ramai-ramai lagi bagus...(rasanya dah boleh tarbiyyah daahh..)

PT: Oooo...itu macam kaa..

Perbualan terhenti seketika kerana pemandu teksi itu sedang fokus menukar lorong sambil sibuk menoleh ke side mirror sebab nak potong treler...

PT: Tapi ha, wa manyak helan la..Lu olang semayang punya, hali-hali semayang punya, tapi apa pasal lamai olang Islam makan 'ssup' (sambil membuat aksi seperti menyuap makanan ke dalam mulut).

A: 'Ssup'? Apa tu?

PT: Alaa..itu lasuah laa..(RASUAH!!!)

A: Ooo...(tergamam...maunya tak tergamam!)

PT: Macam itu 'pulis' haa, itu batch "SAYA ANTI LASUAH" dia kasi pakai sajee..Kalau lu kena saman haa, lepas itu lu selok dia punya pocket, isi lima ploh linggit (RM 50) dia sennyyaapp tada buat apa-apa maa..telus (terus) kasi lu jalan.Haiyyaa!! (Aku pulak yang kena tarbiyyah!!)

A: (Sambil tersipu-sipu bengang)..Ya laa boosss!! Sembahyang, sembahyang jugaaakk..tapi sendiri pun mau kasi ingat maa..

Setelah itu aku terus mati akal nak 'umpan' dia..

Mahu, tak mahu kita kena telan apa yang pemandu teksi cina tu kata. Aku jadi malu bukan sebab aku ni seorang Muslim, bahkan kita kena bangga. Aku rasa you all (tiru bahasa budak-budak gedik di tv) tahu malu yang macam mana yang aku maksudkan. Waktu tu rasa macam nak turun je teksi tu, naik teksi lain.

Mungkin kisah yang aku ceritakan pada kali ini sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan ini; "Kenapa sekarang susah sangat nak ajak orang kafir masuk Islam".

Semua dah maklum bahawa pedagang-pedagang arab yang berlabuh di Perairan Selat Melaka satu ketika dahulu untuk berdagang di situ telah menunjukkan sifat bahawa adilnya Islam. Mereka turun dari kapal dan terus mendirikan solat berjamaah. Kemudian, baru meniaga. Meniaga pulak bukan macam sekarang. Sembunyi gula lah, tipu lah, rasuah la..you all (lagi sekali) sambunglah sendiri. Tu belum masuk bab-bab lain lagi tu. Manakan tidak orang melayu yang hindu di Melaka masa tu terus masuk Islam.

Sekarang ni pulak bukan setakat orang kafir tak nak masuk Islam, bahkan lebih teruk lagi siap buat pertubuhan untuk lawan Islam!! Kumpulan Arikel 11 la, IFC la, Bar Council la, apa-apa laa..Sebab apa? You all (dan lagi) fikirlah sendiri....ISLAM: DULU, KINI & SELAMANYA
 
posted by pemudaPASjb at 7:14 AM | Permalink |


1 Comments:


  • At 11:16 PM, Blogger Syikin

    salam. saya dulu, selalu non muslim tanya, kenapa ada pompuan islam tak pakai tudung. saya jawab senang aje, mereka tak mahu ikut perintah Tuhan. Bertudung tu wajib.

    Pernah saya naik teksi, drivernya cina. rupanya dia nak sangat peluk Islam, tapi takut sbb isterinya garang. yg lawak tu, sempat gak dia mengadu, kalua kos pengurusan mayat bangsa cina sangat mahal, dengan kos kerandanya dsb. Saya pun selamba jawab, ha..kalau jadi muslim senang aje, kalau mati kos tak mahal, pakai kain kapan putih tu aje..tak yah susah2 mana.