Thursday, July 20, 2006
Murtad Yang Tiada Abu Bakar r.a Menghadapinya
Pada hari Selasa 18 Julai 2006 yang lalu rombongan daripada pimpinan PAS negeri Johor yang diketuai oleh Dato' Dr Mahfodz Mohammad selaku Pesuruhjaya PAS Johor serta kepimpinan PAS negeri Johor yang lain telah mengadakan sidang akhbar dan laporan polis serta memorandum kepada Menteri Besar Johor dan Pengarah Jabatan Agama Johor sebagai membantah kumpulan Artikel 11 yang dijadual akan mengadakan satu forum di Hotel Selesa, Johor Bahru pada 22 Julai 2006. Sila ke http://dppnjohor.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.
Kami tidak berhasrat untuk menerangkan lebih lanjut siapakah mereka di sebalik kumpulan ini kerana telah banyak artikel yang telah memperjelaskannya selain maklumat yang panjang untuk dirungkai bersama. Namun ada beberapa perkara dan maklumat yang ingin kami sampaikan di dalam blog ini berkenaan dengan kumpulan tersebut.
Secara mudahnya, apa yang dapat difahami daripada kumpulan ini ialah; MENUNTUT SUPAYA ADANYA UNDANG-UNDANG YANG SAH, YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA BAGI MENGIZINKAN BERLAKUNYA JENAYAH MURTAD !!! INI SANGAT MERBAHAYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA!
Mereka yang bersekongkol menganggotai kumpulan tentera syaitan ini pula adalah:
1. All Woman Action Society (AWAM)
2. Bar Council Malaysia
3. Catholic Lawyer Society
4. Interfaith Spiritual Fellowship
5. Malaysian Civil Liberties Society, Protem Committee (MCLS)
6. Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism & Sikhism (MCCBCHS)
7. National Human Right Society (HAKAM)
8. Pure Life Society
9. Sister In Islam (SIS)
10. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
11. Vivekananda Youth Movement, Seremban
12. Woman's Aid Organisation (WAO)
13. Women's Development Collective (WDC)
Bersama-samalah kita berjihad menentang mereka yang memusuhi Allah.
Ketika Islam berada di zaman awal kebangkitannya kita telah melihat bagaimana terlalu senang dan mudahnya untuk orang bukan Islam menganut Islam serta meninggalkan agama sebelumnya dengan begitu sahaja. Tetapi di penghujung usia dunia ini keadaan sebaliknya pula berlaku. Apakah puncanya?
Keadilan yang ditonjolkan oleh Islam terutamanya di era Rasulullah s.a.w memerintah Madinah dan seterusnya diikuti oleh Khulafa' arRasyideen, telah menjadikan mereka yang pada mulanya sangsi dan prejudis terhadap Islam berubah kepada 'abid yang tawadhu' dan bersedia memperjuangkannya. Pelaksanaan syariat yang menyeluruh berlandaskan roh ubudiyyah yang mantap telah menyusup ke dalam diri mereka. Laluan para pedagang-pedagang Islam yang dikenali sebagai 'laluan sutera' yang meliputi selatan Yaman sehingga ke salah sebuah daerah di China telah menyebabkan hampir keseluruhan umat manusia di kawasan tersebut menganut Islam. Tidak lain, ini disebabkan oleh keadilan yang dipancarkan oleh pedagang-pedagang tadi yang ikhlas berjuang demi Islam tercinta.
Patuh pada ketetapan Allah, amanah, jujur, melaksanakan kebaikan terhadap mereka yang ditindas, tiada diskriminasi, tiada kezaliman, tiada pilih kasih dalam menjatuhkan hukuman adalah sebahagian daripada sifat keadilan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan dunia dan akhirat.
Hari ini di manakah roh uluhiyyah? Di manakah roh ubudiyyah? Di manakah ketetapan-ketetapan Allah Rabbul Jaleel sehingga ada yang menyalak dan bertempik mempertikaikan di manakah keadilan Islam yang sering dilaung-laungkan sedangkan apakah yang mengatur kehidupan kita hari ini baik secara fardiyyah, keluarga, masyarakat dan negara menjurus ke arah keadilan Islam itu?
Mereka yang menyalak dan bertempik itu mungkin tidak sedar bahawa kekusutan yang ada pada mereka adalah kerana mereka tidak dapat merasai di manakah keadilan Islam itu. Ditambah pula dengan mencangkan bahawa kitalah negara Islam terbaik, contoh dan model terhadap negara lain dengan tidak menzahirkan keadilan yang dituntut menambahkan lagi kekeliruan yang ada terhadap mereka yang konon-konon tidak berpuas hati dengan Islam. Bermuhasabahlah!
Berdoalah agar gerak kerja syaitan mereka akan dapat dipatahkan dengan pertolongan daripada Yang Maha Kuasa mengatur segala-galanya...
InsyaAllah kami akan susuli dan memberikan input kepada anda tentang apa yang akan berlaku pada 22 Julai 2006 nanti..KAMI BANGGA DENGAN INDAHNYA ISLAM KAMI!!!
 
posted by pemudaPASjb at 8:16 PM | Permalink |


0 Comments: