Friday, July 14, 2006
Kami bersamamu Palestin

"GO TO HELL ZIONIST" "HANCUR YAHUDI, HANCUR AMERIKA"...

Begitulah sebahagian laungan yang telah menggegarkan perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sebentar tadi setelah selesai menunaikan solat Juma'at. Himpunan aman bagi membantah tindakan liar Yahudi-Israel mutakhir ini yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Johor itu telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 rakyat yang sensitif terhadap isu Baitul Maqdis . Walaupun jumlah hadirin dianggap seperti 'angin sepoi-sepoi bahasa' tetapi jumlah kutipan jihad yang dilancarkan ibarat kencangnya serangan Tun Dr Mahathir terhadap Abdullah Badawi yang ter'cuti' itu (bukan tercinta)..Jumlah kutipan pada himpunan tersebut berjumlah lebih RM 1100. Ada juga yang menyumbang sebanyak SD $ 30. Jutaan terima kasih kepada yang telah menginfaqkan sebahagian harta mereka di jalan Allah.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, sdr Zulkiflee Ahmad di dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut telah mengecam OIC yang di nakhodai oleh Perdana Menteri Malaysia yang hanya berpeluk tubuh apabila Ummat Islam di Palestine bertubi-tubi menerima serangan yang berterusan daripada Israel. Beliau juga mengecam Amerika dan KUTU-KUTUnya yang menindas kerajaan HAMAS sedangkan gerakan Islam itu adalah kerajaan yang sah- memenangi pilihanrayanya melalui peti-peti undi. Apakah Perdana Menteri kita a.k.a pengerusi OIC lebih bimbang akan 'serangan' resdung ke atasnya sehingga terpaksa berubat ke luar negara berbanding rakyat Palestine yang di gempur dengan kereta kebal dan apache di depan mata? Mungkin itulah minda PM kita...
Ketika ditemuramah oleh wartawan sdr Zulkiflee juga telah mempertikan badan-badan dunia seperti OIC, Kesatuan Eropah serta Jepun yang berapi-api memperjungkan hak asasi dan kebebasan tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila tindakan syaitan berlaku ke atas Palestine.
Untuk makluman kutipan ini tidak terhenti setakat ini sahaja bahkan akan diteruskan pada masa yang akan ditentukan kelak...BERAMBUS KAU YAHUDI!!!
 
posted by pemudaPASjb at 4:06 PM | Permalink |


0 Comments: