Friday, July 14, 2006
HANCUR YAHUDI!!

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor akan mengadakan himpunan aman pada hari Jumaat 18 JamadilAkhir 1427H bersamaan 14 Julai 2006M di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sebagai membantah tindakan zalim dan kejam Israel-Yahudi la'natullah yang semakin ganas mutakhir ini membedil dan membunuh rakyat Palestin sekehendak nafsu syaitan mereka serta menjadikan pimpinan kerajaan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) yang dipilih secara sah melalui peti-peti undi sebagai sasaran di dalam perancangan jahat musuh-musuh Allah menggulingkan sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam.
Kutipan jihad juga akan diadakan pada himpunan tersebut di dalam siri kita untuk membantu HAMAS serta rakyat di bawah mereka di samping memelihara kesucian Masjidul Aqsa daripada cengkaman Zionis la'natullah. Hulurkanlah bantuan anda sebanyak yang boleh.Biar kita tidak dapat makan sehari daripada saudara kita di Palestin yang bermati-matian berdepan dengan apache dan kereta kebal dengan batu-batu kecil yang dipecahkan demi mengejar cita-cita syahid!! Jumpa nanti di sana..الله أكبر
 
posted by pemudaPASjb at 8:28 AM | Permalink |


0 Comments: