Saturday, July 15, 2006
Aku Mencari Mana Dia Abdullah Badawi...
oleh: alBanna jr

Palestin pada ketika ini sedang menghadapi serangan yang maha dahsyat daripada bala tentera syaitan zionis la'natullah. Beberapa hari yang lalu kita telah digemparkan pula dengan serangan balas (balas dendam) zionis dajjal terhadap Lubnan yang disasarkan kepada pejuang-pejuang Hizbullah yang telah menyatakan kebersamaan mereka bersatu dengan HAMAS demi menghapuskan entiti zionis dajjal dari bumi para Anbiya' yang dijajah mereka, Palestin. Hasilnya ramai rakyat Lubnan yang kadang-kadang mungkin tak tahu apa hujung pangkalnya menjadi korban termasuklah sebuah lapangan terbang antarabangsanya di Beirut yang dinamakan sempena bekas PMnya, Rafiq Hariri.
Berikutan itu, maka dengan magicnya Syria yang berjiran dengan Lubnan tiba-tiba telah menjadi sasaran seterusnya puak-puak yahudi dajjal atas alasan Syria bersekongkol dengan Hizbullah di Lubnan (pulak daahh..) memandangkan kedua-duanya mempunyai hubungan yang akrab umpama isi dan kuku, umpama aur dan tebing, umpama Abdullah dan Khairy...
Menjawab segera ancaman itu, hero Islam kontemporari merangkap Presiden Iran, Mahmoud Ahmadi Najjad telah mengecam serta memberi amaran kepada puak-puak yahudi dajjal bahawa sekiranya itulah hasrat mereka maka secara automatiknya Israel la'natullah telah melancarkan perang terhadap Islam seantero benua dan Iran akan bersatu dengan HAMAS dan Hizbullah menyerang Israel la'natullah dengan serangan yang bukan kepalang hebat dan dahsyatnya. ALLAHUAKBAR!!
Saya seringkali berulang-ulang menyatakan komen di dalam blog sahabat-sahabat jemaah yang lain apabila isu sebegini dan seumpamanya timbul; "kalaulah Saidina Umar alKhattab dipanjangkan umur lagi nescaya dah dipenggal leher mereka yang kurang ajar pada Islam", kerana berdasarkan waqi' sekarang yang mana Islam diserang begitu hebat dari segenap penjuru yang memerlukan insan seperti beliau menghadapinya. Bukan bermaksud saya mengkesampingkan para sahabat Nabi Ridhwanullah 'Alaihim yang lain justeru saya seringkali mengungkap nama Saidina Umar alKhattab r.a tetapi berdasarkan karekternya yang sangat keras dan teramat tegas terhadap mereka yang memusuhi Islam.
Keras dan tegasnya Saidina Umar alKhattab r.a sehinggakan ada yang bertempiaran lari dari tempat duduk mereka kerana takutkan Umar walhal tiada apa yang mereka lakukan. Melihatkan keadaan itu Umar memanggil orang ramai untuk solat berjamaah. Pada ketika itu Umar telah pun menjadi khalifah. Mereka hadir beramai-ramai. Umar naik ke atas mimbar lalu memuji Allah s.w.t, berselawat atas Nabi s.a.w kemudian menyampaikan ucapan. Antara ucapannya:
"Aku mendapat tahu bahwa manusia merasa takut akan kekerasanku dan gerun dengan ketegasanku. Mereka menyatakan bahawa Umar sangat keras kepada kita ketika Rasulullah masih ada. Beliau juga bersikap keras ketika Abu Bakar naik (menjadi khalifah) menggantikan baginda. Inikan pula sekarang kekuasaan berada di tangannya. Benarlah kata-kata itu.
"Sewaktu aku bersama Rasulullah aku berkhidmat kepada baginda. Tiada siapa yang boleh menandingi sifat baginda yang begitu ramah sekali seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t:
بالمؤمـنــين رءوف رحيــم
Maksudnya: amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman
(Surah atTaubah:128)
Di hadapan baginda pada ketika itu, aku umpama pedang yang terhunus sebelum disarungkan, jika dibiarkan aku akan terus maju. Aku terus bersamanya sehingga baginda kembali ke Rahmatullah dengan hati yang redha kepadaku. Alhamdulillah aku juga merasa bahagia bersamanya".
"Setelah itu, Abu Bakar datang memimpin kaum muslimin. Kamu semua mengetahui akan sifatnya yang tenang, dermawan dan lemah lambut. Ketika itu aku juga adalah pembantu dan berkhidmay untuknya. Aku sebatikan sifatku yang keras ini dengan kelembutan yang ada padanya. Aku juga umpama pedang yang terhunus sebelum disarungkan, jika dibiarkan aku akan terus maju. Aku masih bersamanya sehingga beliau pulang ke Rahmatullah dengan hati yang senang terhadapku. Alhamdulilah aku pun merasa bahagia dengannya".
"Kemudian tibalah waktunya bagiku memimpin kalian. Ketahuilah, saudara-saudaraku! Bahawa sikap keras itu mencair. Keras itu hanyalah untuk mereka yang yang melakukan kezaliman dan memusuhi orng-orang Islam. Tetapi, bagi mereka yang jujur dan perpegang teguh dengan agama serta berlaku adil, aku akan bersikap lembut terhadapnya. Aku tidak akan membiarkan seseorang melakukan kezaliman terhadap seseorang yang lain atau melanggar hak orang lain melainkan aku akan letakkan sebelah pipinya di tanah dan akan ku pijak dengan kaki ini pada sebelah pipinya yang lain sehingga dia kembali kepada kebenaran. Kepada yang bersih dan bersederhana, maka pipiku ini yang akan diletakkan di tanah..."
Dalam kisah yang lain pula, ketika orang-orang Islam sedang bersiap-siap dalam ketakutan dan bergerak secara senyap-senyap untuk berhijrah ke Madinah kerana bimbang 'kantol' dengan pimpinan musyrikin Makkah, Saidina Umar r.a yang kita tahu akan sikapnya telah membuat pengumuman dan 'ceramah perdana' yang ditujukan khas kepada puak musyrikin Quraisy. Antara lain, katanya:
"Wahai puak-puak Quraisy! Aku akan berangkat, berhijrah ke Madinah. Maka barangsiapa yang mahu kepalanya berpisah dari badan, maka silakan, Tahanlah aku di tengah-tengah perjalanan!..." Begitulah kerasnya Saidina Umar alFarrouq.
Apa yang ditunjukkan oleh salah seorang khulafa' arRasyideen alMahdiyyeen tersebut bukanlah sikap melampau tetapi sebagai peringatan terhadap mereka yang kurang ajar dengan Islam-JANGAN BUAT MAIN DENGAN ISLAM!!-satu sikap yang digambarkan oleh Allah dalam firman:
أذلة على المؤمنـين أعزة على الكافرين...
Maksudnya: Bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mu'min, bersikap keras terhadap orang-orang kafir. (Surah alMaidah:54)
Zaman kegemilangan Islam telah berlalu untuk seketika. Kita telah dijanjikan kemenangan oleh Allah melalui lidah RasulNya. Tetapi apakah kita hanya sekadar menunggu kejayaan itu tanpa berbuat apa-apa?
Presiden Iran, pada hemat saya adalah yang paling layak mengetui OIC kerana ketegasanya terhadap isu Palestin dan Islam. Tiada apa yang boleh diungkapkan terhadap pengerusi OIC sekarang merangkap imam Islam Hadhari, Abdullah Badawi. Tiada kenyataan, tiada tindakan, tiada amaran. Kalau ada pun mesti imam hadhari ni cakap, "Tok sah la dok gaduh...kita berdamai...bawak ke meja rundingan..tak elok perang-perang ni.." Boleh selesai ke? Dalam keadaan genting sebegini pun Pak Lah boleh sempat cuti. Siap pergi luar negara pulak tu! Tak tahulah nak memendam jiwa yang luka ke (sebab 'gangguan' che det) atau nak buat ubat resdung ke atau saja-saja..
Kalaulah Saidina Umar r.a hidup lagi.......
 
posted by pemudaPASjb at 9:44 AM | Permalink |


0 Comments: